Penggunaan Makmal Komputer Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Zon Jementah, Daerah Segamat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran : Satu Tinjauan. Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational, 3. pp. 132-147. ISSN 2231-7376 (2011)
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau penggunaan makmal komputer sekolah dalam kalangan guru-guru sekolah kebangsaan Zon Jementah, Daerah Segamat dalam pengajaran dan pembelajaran. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti sikap guru, perisian komputer yang dikuasai dan masalah penggunaan makmal komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Responden kajian terdiri daripada 60 orang guru yang mengajar di sekolah kebangsaan dalam Zon Jementah. Data prima dikumpul dengan menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package of the Sosial Sciences”(SPSS) untuk mendapatkan statistik deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap guru dalam penggunaan makmal komputer sekolah adalah pada tahap sederhana, guru-guru juga mempunyai kemahiran menggunakan perisian komputer yang paling asas iaitu Microsoft Words dan masalah utama penggunaan makmal komputer ialah computer yang rosak lambat diperbaiki. Dapatan ini penting kepada pihak pentadbiran sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam membuat perancangan strategic aspek pembangunan sumber manusia khususnya latihan dan aspek pembangunan prasarana sekolah termasuk kemudahan makmal komputer. Katakunci: Penggunaan Makmal Komputer, Pengajaran Dan Pembelajara
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Penggunaan Makmal Komputer, Pengajaran Dan Pembelajaran |
Taxonomy: | By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Science By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Mathematics By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Technology and Networking |
Local Content Hub: | Subjects > Computer and Mathematical Sciences |
Depositing User: | Mohd Ismail Zanudin |
Date Deposited: | 01 Aug 2021 13:31 |
Last Modified: | 01 Aug 2021 13:31 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |