Kebimbangan Matematik Dan Pencapaian Matematik Tambahan [Mathematics Anxiety And Additional Mathematics Performance]

Kebimbangan Matematik Dan Pencapaian Matematik Tambahan [Mathematics Anxiety And Additional Mathematics Performance]. Journal of Nusantara Studies ( JONUS ), 3 (2). pp. 124-133. ISSN 0127-9386 (Online) (2018)



Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap kebimbangan Matematik pelajar, mengkaji perbezaan tahap kebimbangan Matematik terhadap jantina serta mengkaji hubungan antara pemboleh ubah kebimbangan Matematik dengan tahap pencapaian Matematik Tambahan pelajar. Kaedah persampelan rawak sistematik telah digunakan untuk mendapatkan 69 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan korelasi yang menggunakan soal-selidik sebagai instrument untuk mengumpul maklumat yang dikehendaki. Instrument yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik efikasi kendiri dan kebimbangan Matematik (Mathematics self-efficacy and anxiety questionnaire) yang diambil daripada May (2009). Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian statistik SPSS menggunakan analisis diskriptif untuk melihat tahap kebimbangan Matematik pelajar, dan ujian-t membandingkan min kebimbangan Matematik pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Manakala analisis Korelasi Pearson telah digunakan untuk melihat hubungan antara kebimbangaan Matematik dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan pelajar mempunyai tahap kebimbangan matematik yang sederhana. Tahap kebimbangan Matematik dalam kalangan pelajar lelaki didapati lebih tinggi dari tahap kebimbangan Matematik pelajar perempuan. Selain itu, terdapat hubungan positif terhadap pencapaian Matematik dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar yang terlibat. Kajian ini diharapkan dapat membantu penggubal polisi dalam merangka pelan tindakan untuk meningkatkan penguasaan Matematik di kalangan pelajar.

Item Type: Article
Keywords: athematics anxiety, Additional Mathematics, affective variable
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Mathematics
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Mohd Ismail Zanudin
Date Deposited: 01 Aug 2021 13:34
Last Modified: 01 Aug 2021 13:34
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item