KESEDARAN TERHADAP WAKAF TUNAI: KAJIAN DI BESUT, TERENGGANU

KESEDARAN TERHADAP WAKAF TUNAI: KAJIAN DI BESUT, TERENGGANU. In: eProsiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 2015. Universiti Sains Islam Malaysia, pp. 1-11. ISBN 9789671342626 (2015)



Abstract

Persepsi masyarakat sudah sebati yang menganggap bahawa sesuatu wakaf hanya terdiri daripada harta yang bersifat kekal dan tahan lama sahaja. Wakaf tunai merupakan satu dana amanah yang
terdiri daripada pungutan yang diterima oleh masyarakat dan merupakan salah satu instrumen alternatif dalam membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam. Walaubagaimanapun, kewujudan
wakaf tunai ini masih menjadi tanda tanya oleh kebanyakan individu. Sehubungan itu, kajian ini akan melihat sejauhmana medium promosi dan pengetahuan memberi kesedaran kepada masyarakat untuk melaksanakan wakaf tunai tersebut. Kajian dilakukan berdasarkan data primer iaitu soal selidik
terhadap masyarakat Islam di daerah Besut, Terengganu. Data yang diperolehi kemudian akan dianalisis menggunakan kaedah diskriptif, ujian Faktor Analisis dan Analisi Regresi logistik.
Keputusan kajian mendapati bahawa faktor promosi dan pengetahuan signifikan dan berhubungan secara positif dalam memberi kesedaran serta pemahaman mengenai wakaf tunai. Walaupun masyarakat Islam di Besut sedar dan faham mengenai wakaf tunai, majoriti masih tidak melibatkan diri dalam wakaf tunai tersebut. Kajian ini diharapkan dapat menjadi membantu pihak terlibat khususnya pihak MAIDAM dalam meningkatkan kesedaran masyarakat setempat supaya dapat meningkatkan penglibatan dalam aktiviti wakaf tunai tersebut yang dapat disertai oleh setiap lapisan masyarakat.

Item Type: Book Section
Keywords: Wakaf, wakaf tunai, kesedaran, promosi, pengetahuan
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Finance
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 01 Aug 2021 14:48
Last Modified: 01 Aug 2021 14:48
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item