Analisis faktor penentu kualiti perkhidmatan pengurusan zakat: kajian terhadap Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Sepang

Analisis faktor penentu kualiti perkhidmatan pengurusan zakat: kajian terhadap Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Sepang. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa, 11 (1). pp. 27-44. ISSN 0127-8886 (2018)



Abstract

Kualiti perkhidmatan adalah satu elemen penting dalam menilai keupayaan institusi untuk memenuhi matlamatnya. Objektif kertas ini adalah untuk melihat faktor yang dijangka mempengaruhi kualiti perkhidmatan institusi zakat khususnya di daerah Sepang dengan menggunakan model SERVQUAL yang mempunyai lima faktor iaitu kebolehpercayaan, bertindak balas, jaminan, empati dan kewujudan. Sejumlah 103 responden yang terdiri daripada usahawan muslim telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan beberapa ujian termasuklah analisis tinjauan faktor (EFA) dan analisis regresi logistik. Dapatan kajian menunjukkan faktor empati dan kewujudan adalah signifikan dan mempengaruhi kualiti perkhidmatan LZS dalam model yang dikaji. Beberapa implikasi kajian turut dibincangkan dalam kajian ini.

Item Type: Article
Keywords: Kualiti perkhidmatan LZS, usahawan muslim, SERVQUAL, Organizational behavior, Customer loyalty
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Management
By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 21 Oct 2021 05:36
Last Modified: 21 Oct 2021 05:36
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item