Pelestarian wakaf dalam institusi perbankan islam: analisis wakaf Selangor muamalat. In: eProsiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 2015. Universiti Sains Islam Malaysia, pp. 1-12. ISBN 9789671342626 (2015)
Abstract
Wakaf adalah instrumen ekonomi Islam yang unik yang mendasarkan fungsinya pada unsur kebajikan (birr), kebaikan (ihsan) dan persaudaraan (ukhuwah). Maka, perkembangan aktiviti wakaf dalam
penglibatan syarikat korporat mendapat sambutan dan membuka ruang seluasnya untuk institusi perbankan Islam terlibat sama dalam aktiviti wakaf. Persoalan kajian adakah segala usaha dalam melaksanakan wakaf memberi kesan kepada prestasi keuntungan bank?. Maka, objektif kajian artikel ini akan mengkaji kesan perbelanjaan perkhidmatan Wakaf Selangor Muamalat (WSM) dengan keuntungan yang di perolehi oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB). Hipotesis awal kajian
menjangkakan pelaksanaan perkhidmatan wakaf dalam BMMB yang diaplikasikan dalam institusi perbankan Islam dapat memberi kesan terhadap prestasi keuntungan bank dan reputasi bank. Kaedah kajian menggunakan analisis deskriptif berdasarkan pengumpulan data-data sekunder yang diambil daripada laporan tahunan BMMB, kaedah petunjuk prestasi keuntungan diukur menggunakan Kadar Pulangan Atas Aset (ROA) dan Kadar Pulangan Atas Ekuiti (ROE), kajian pustaka serta menjalankan temu bual bersama wakil pegawai dari Jabatan Dakwah, Zakat dan Wakaf BMMB dan Penasihat Syariah BMMB. Hasil kajian mendapati prestasi keuntungan bank meningkat berdasarkan peningkatan dalam nisbah petunjuk keuntungan ROA dan ROE, ini menunjukkan pekhidmatan wakaf akan memberi impak positif kepada prestasi bank. Manakala cadangan dan implikasi kajian akan dihuraikan dalam artikel ini.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Keywords: | Ekonomi islam, Wakaf Selangor Mualamat (WSM), ROA, ROE, Profit & loss, Revenue, New product development |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Finance By Subject > Business & Management > Marketing |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Eza Eliana Abdul Wahid |
Date Deposited: | 21 Oct 2021 05:47 |
Last Modified: | 21 Oct 2021 05:47 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |