Pelan tindakan keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2016-2020

Pelan tindakan keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2016-2020. Documentation. Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya. (2016)



Abstract

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM(PT) menggariskan 10 lonjakan utama dalam usaha untuk mewujudkan sistem pendidikan tinggi yang terbaik bagi membolehkan Malaysia bersaing di peringkat global. Selaras dengan aspirasi PPPM(PT) untuk menyemai minda keusahawanan ke dalam seluruh system pendidikan tinggi dan mewujudkan sistem pendidikan yang mampu melahirkan graduan bercirikan keusahawanan dan menjadi penjana pekerjaan, serta memastikan kemampanan kewangan Institusi pendidikan Tinggi (IPT) negara, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperkenalkan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2016-2020.
Pelan Tindakan ini merupakan kesinambungan Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT yang diperkenalkan oleh KPT pada tahun 2010 dan Pelan Strategik Keusahawanan IPT 2013-2015. Dirangka berasaskan pencapaian, cabaran dan keperluan semasa, Pelan Tindakan ini memfokuskan kepada 4 inisiatif utama berdasarkan 2 strategi di bawah Lonjakan 1 PPPM(PT) dengan mekanisme pengukuran dan sasaran masing-masing bagi tempoh 2016 hingga 2020.

Item Type: Monograph (Documentation)
Keywords: Keushawanan, Institusi Pendidikan Tinggi, IPT, Entrepreneurship
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Shahidatul Akhmam Rambeli
Date Deposited: 21 Jul 2020 21:57
Last Modified: 21 Jul 2020 21:57
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item