Dummy decal: dekorasi tanpa batasan bagi industri seramik moden dan karya kreatif

Dummy decal: dekorasi tanpa batasan bagi industri seramik moden dan karya kreatif. Ideology Journal, 3 (2). pp. 207-214. ISSN 2550-214X (2018)



Abstract

Produk seramik amat sinonim dengan keindahan, keaslian dan ketelitian yang tinggi tanpa mengira jenis produk mahupun perbezaan bahan asasnya. Begitu juga dengan hiasan dekorasi yang melitupi permukaan produk seramik yang lahir dari pelbagai budaya dan ilham kreatif pembuatnya. Decal antara teknik hiasan dekorasi seramik paling unggul dan popular di negara Eropah dan China bahkan menjadi inspirasi kepada seluruh dunia dalam mengaplikasi dekorasi tersebut bagi produk keluaran mereka. Walaubagaimanapun, kos penghasilan dan peralatan bagi teknik dekorasi dekal adalah tinggi dan memerlukan kemahiran serta ketelitian sepenuhnya untuk menghasilkan sesuatu produk yang sempurna. Sedari itu, inovasi teknik dekorasi ‘Dummy Decal’ telah memberi peluang kepada pengusaha produk seramik dalam mengekalkan tahap keluaran dan memberi kelainan dalam rekaan mereka. Ciptaan Water Based Inkjet Water Transfer Paper memberi inspirasi baharu dalam produk kreatif dan karya seramik kreatif. Dengan kos penghasilan yang rendah dan mampu beli, dekorasi ini menjadi tarikan bagi produk moden mahupun karya kreatif. Artikel yang dihasilkan ini dapat dijadikan panduan dan saluran kepada pengusaha baharu mahupun sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran kreatif dalam mempromosikan produk seramik mereka.

Item Type: Article
Keywords: Fine art, Seramik, Dummy Decal, Produk Kreatif, Dekorasi
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Decorative Arts
By Subject > Art & Design > Fine Art
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Nur Aqilah Russli
Date Deposited: 31 May 2021 23:46
Last Modified: 01 Jun 2021 16:17
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item