CIMB MicroBizReady tingkat kemahiran usahawan B40

CIMB MicroBizReady tingkat kemahiran usahawan B40. [Newspaper] (In Press) (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB) melakar kejayaan tersendiri bagi program 'CIMB MicroBizReady' apabila membantu 112 peserta daripada komuniti B40 meningkatkan kemahiran masing-masing.

Ia menerusi pengetahuan perniagaan mantap dan penggunaan digital bagi memperkasakan pertumbuhan perniagaan.

Dilancarkan pada Oktober 2020, program yang dilaksanakan dengan kerjasama Taylor's Community itu menyasar membantu perusahaan kecil sederhana (PKS) mikro meningkatkan perniagaan menerusi latihan dalam pendigitalan, strategi perniagaan dan kewangan.

Sepanjang program itu, setiap peserta mempunyai mentor yang akan membimbing dan menilai kemajuan mereka dan bimbingan adalah berterusan walaupun setelah habis menjalani program bagi memastikan pengusaha mendapat akses perundingan serta nasihat percuma semasa mengembangkan perniagaan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Entrepreneurship, Keusahawanan
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Nur Aqilah Russli
Date Deposited: 31 May 2021 23:47
Last Modified: 01 Aug 2021 13:53
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item