Tekad keusahawanan berunsurkan minda kelas pertama: satu kajian tinjauan terhadap pelajar IPT

Tekad keusahawanan berunsurkan minda kelas pertama: satu kajian tinjauan terhadap pelajar IPT. Jurnal Personalia Pelajar, 19 (1). pp. 99-110. ISSN 2600-9021 (2016)



Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan minda kelas pertama dari aspek psikologi
sosial dan psikologi kognitif serta sumbangan psikologi sosial dan psikologi kognitif terhadap tekad keusahawanan
dalam kalangan pelajar IPT. Psikologi sosial terdiri daripada variabel sikap minda kelas pertama dan norma
subjektif. Psikologi kognitif pula terdiri daripada variabel kesedaran kawalan tingkah laku minda kelas pertama
dan kesedaran peluang minda kelas pertama. Sampel kajian terdiri daripada 636 pelajar tahun akhir yang dipilih
secara rawak dalam kalangan IPT di sekitar Lembah Klang. Kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian ini.
Data telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS. Statistik deskriptif menggunakan min dan sisihan
piawai untuk menjawab persoalan kajian. Statistik inferensi iaitu ujian regresi pelbagai digunakan untuk menguji
hipotesis kajian. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar IPT mempunyai tahap sikap, kesedaran kawalan tingkah
laku dan kesedaran peluang minda kelas pertama yang tinggi. Manakala bagi variabel norma subjektif dan
tekad keusahawanan, pelajar IPT menunjukkan tahap yang sederhana. Kajian dapati variabel kesedaran peluang
minda kelas pertama adalah faktor dominan yang memberi sumbangan kepada pembentukan tekad keusahawanan
iaitu sebanyak 44.1 peratus, diikuti dengan norma subjektif 8.9 peratus dan kesedaran kawalan tingkah laku
berunsurkan minda kelas pertama sebanyak 0.4 peratus. Hasil kajian harap dapat dijadikan rujukan kepada
Kementerian Pengajian Tinggi dalam merancang dan melaksanakan pelan pembangunan pendidikan yang
bercorak keusahawanan.

Item Type: Article
Keywords: Tekad keusahawanan, Sikap minda kelas pertama, Entrepreneurship
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Shahidatul Akhmam Rambeli
Date Deposited: 21 Jul 2020 22:24
Last Modified: 21 Jul 2020 22:24
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item