Keusahawanan lestari: di manakah kita?

Keusahawanan lestari: di manakah kita? Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. (Unpublished) (2019)



Abstract

Dewasa ini, keusahawanan telah menjadi suatu topik yang hangat diperkatakan. Terdapat pelbagai jenis kursus dan aktiviti berkaitan keusahawanan yang disediakan oleh agensi-agensi luar bagi menarik minat orang ramai untuk menglibatkan diri dalam bidang ini. Kerajaan Malaysia sendiri memandang serius isu ini. Perihal keusahawanan telah mula diperkatakan sejak Rancangan Malaysia Ketiga melalui Dasar Ekonomi Baru. Pada masa itu, aktiviti keusahawanan diperkenalkan untuk merapatkan jurang pendapatan antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera. Selepas dari itu, bidang keusahawanan mula diperluaskan di peringkat sekolah dan universiti sebagai pendedahan kepada pelajar dalam aktiviti perniagaan. Selain itu, ia juga dijadikan sebagai salah satu elemen terpenting dalam Strategi Baru Lautan Biru (NBOS).

Item Type: Other
Keywords: Keusahawanan, Entrepreneurship
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Shahidatul Akhmam Rambeli
Date Deposited: 21 Jul 2020 22:36
Last Modified: 21 Jul 2020 22:38
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item