Perancangan Perniagaan dan Prestasi Perniagaan: Kajian Ke Atas PKS Islam di Malaysia. International Journal of Management Studies (IJMS), 22. pp. 101-113. ISSN 2180-2467 (2015)
Abstract
Aktiviti perancangan perniagaan telah terbukti berjaya mempengaruhi hubungan yang signifikan dengan prestasi perniagaan. Namun demikian, terdapat segelintir pengkaji yang melaporkan bahawa aktiviti perancangan perniagaan tidak penting. Hal yang demikian ini memberi kesan dan mempengaruhi ramai usahawan untuk tidak menyedia dan melaksanakan aktiviti ini dalam perniagaan. Rentetan itu, makalah meneliti kecenderungan usahawan mengaplikasikan aktiviti perancangan perniagaan dan hubungan aktiviti tersebut ke atas prestasi perniagaan. Kajian dijalankan menggunakan strategi kutipan data secara pos dan berdasarkan pensampelan kebarangkalian kelompok. Kajian ini melibatkan 117 sampel daripada sektor perkilangan/pembuatan dan sektor pertanian dalam kalangan usahawan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Islam di Malaysia. Penemuan kajian mendapati usahawan PKS Islam di Malaysia berkecenderungan mengaplikasikan aktiviti rancangan perniagaan dalam operasi perniagaan mereka. Selain itu, kajian juga mendapati perancangan perniagaan mempunyai hubungan yang signifikan positif dengan prestasi perniagaan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Perancangan perniagaan, prestasi perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Marketing |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Eza Eliana Abdul Wahid |
Date Deposited: | 01 Aug 2021 14:09 |
Last Modified: | 01 Aug 2021 14:09 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |