Pengaruh Pemasaran Digital terhadap Prestasi Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana

Pengaruh Pemasaran Digital terhadap Prestasi Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana. e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI, 7 (2). pp. 138-155. ISSN 2289-7909 (2020)



Abstract

Kemudahan teknologi Internet membolehkan pelbagai kaedah pemasaran dilakukan secara
digital. Para usahawan digalakkan menggunakan kemudahan ini secara optimum bagi
mencapai mutu perniagaan yang lebih agresif dan inovastif. Secara spesifik, kertas kerja ini
bertujuan untuk meninjau fenomena media digital yang dilihat semakin berkuasa sebagai agen
saluran maklumat dan pemasaran seterusnya menguji kesan penggunaannya terhadap prestasi
perniagaan. Perkara ini perlu diperhalusi dengan mengambil kira aspek kuasa pemasaran
digital terhadap perkembangan prestasi perniagaan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana
(PKS). Pendekatan kuantitatif berasaskan tinjauan bersemuka telah digunakan dalam kajian
ini. Borang soal selidik sebagai instrumen kajian dibentuk berdasarkan kepada domain-domain
dalam pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Sampel kajian terdiri daripada 300 usahawan
PKS yang berumur 18 hingga 55 tahun yang menjalankan perniagaan di sekitar Lembah Klang.
Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Satistical Package for Social Sciences)
dan Smart PLS. Hasil kajian menunjukkan bahawa tujuan penggunaan, periklanan produk,
faedah pemasaran dan reputasi produk mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi
perniagaan usahawan PKS. Hasil analisis pemodelan persamaan berstruktur pula menunjukkan
kuasa pemasaran mempengaruhi prestasi perniagaan secara signifikan. Ini menjelaskan bahawa
dimensi-dimensi yang mengukur pemasaran digital ini mempengaruhi prestasi perniagaan
secara positif dan membantu perkembangan perniagaan ke arah sistem yang lebih efektif

Item Type: Article
Keywords: Pemasaran digital, Media digital, Promosi, Usahawan PKS, Prestasi perniagaan
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Management
By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Mohd Fadhli Samsudin
Date Deposited: 01 Aug 2021 15:01
Last Modified: 01 Aug 2021 15:01
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item