Tingkat kesiapsiagaan

Tingkat kesiapsiagaan. [Newspaper] (2021)



Abstract

RUANG siber bakal menjadi 'medan pertempuran' baharu sekali gus mewujudkan keperluan untuk setiap negara mempunyai 'batalion tentera' berkepakaran dalam pertahanan ruang siber. Ia bukan lagi satu angan-angan atau hanya berlegar dalam ruang teori saja sebaliknya era digitalisasi hari ini membenarkan hampir keseluruhan maklumat berstrategik sesebuah negara diintegrasi dalam sistem maya. Era rekod secara kertas dan fail fizikal sudah semakin luput apabila kebanyakan negara maju sudah melaksanakan integrasi maklumat maya secara menyeluruh. Keadaan itu turut membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk cuba mencari kerentanan sesebuah sistem yang digunakan sekali gus mencuri sebarang maklumat bernilai tinggi terutama membabitkan pangkalan data sesebuah negara.

Item Type: Newspaper
Keywords: Keselamatan Siber, Digitalisasi, Sistem
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology
By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Technology and Networking
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Nurmaisari binti Che Anuar (Kuala Terengganu)
Date Deposited: 01 Aug 2021 15:02
Last Modified: 01 Aug 2021 15:02
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item