Pre-Service Mathematics Teachers’ Subject Matter Knowledge Of The Mode As A Measure Of Central Tendency

Pre-Service Mathematics Teachers’ Subject Matter Knowledge Of The Mode As A Measure Of Central Tendency. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 4 (3). pp. 11-19. ISSN 2289-3008 (2017)



Abstract

Perubahan terkini dalam pendidikan statistik menekankan kepada pengembangan literasi statistik kerana dunia secara keseluruhannya pada masa ini memerlukan maklumat statistik. Walau bagaimanapun, kajian sejak beberapa dekad yang lalu telah menunjukkan bahawa literasi statistik pelajar kita tidak begitu baik. Perkara ini telah menarik perhatian guru dan peranan mereka dalam pengembangan literasi statistik. Artikel ini melaporkan pengetahuan subjek enam guru matematik pra-perkhidmatan tentang mod. Data dikumpulkan melalui teknik temu bual klinikal berasaskan soalan jenis terbuka berkaitan dengan konsep mod. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan guru matematik pra-perkhidmatan mengenal pasti mod berdasarkan nombor terbesar yang juga dipercayai sebagai menunjukkan kekerapan tertinggi. Mereka juga mempamerkan kekurangan dari segi pengetahuan bahawa mod boleh menjadi satu ukuran biasa dalam sesuatu set data. Ciri mod ini boleh digunakan sebagai satu kaedah pantas dalam pelaporan purata yang merupakan satu idea yang penting berkaitan dengan literasi statistik

Item Type: Article
Keywords: statistik
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Statistics
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Mohd Ismail Zanudin
Date Deposited: 01 Aug 2021 14:07
Last Modified: 01 Aug 2021 14:07
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item