Kajian Kebolehpasaran Siswazah Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi, Uitm

Kajian Kebolehpasaran Siswazah Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi, Uitm. nternational Journal of Social Science ResearcheISSN:, 2 (3). ISSN 2710-6276 (2020)



Abstract

Kebolehpasaran siswazah menjadi isu yang sentiasa diperbincangkan diperingkat global masa kini oleh pihak kerajaan, industri dan universiti.Graduan yang memiliki faktor modal insan yang berpengetahuan dan dalam masa yang sama mempunyai kemahiran merupakan faktor yang penting dalam meningkatkan ekonomi negara. Sejajar untuk mencapai taraf negara maju dan berpendapatan tinggi, kerajaan sentiasaberusaha untuk meningkatkan kemasukkan pelajar ke institut pengajian tinggi di pelbagai peringkat pengajian. Bagi tujuan tersebut, dengan pertambahan graduan, mereka perlu dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran semasa yang diperlukan oleh pihak industridan majikan. Oleh yang demikian, objektif kajian mengenai kebolehpasaran siswazah ini adalah untuk melihat samaada para alumni fakulti telah bekerja atau tidak, sektor pekerjaan yang terlibat, menggunakan ilmu dan kemahiran yang dimiliki semasa di universiti, menggunakan kelulusan yang dimiliki semasa mencari pekerjaan serta mendapatkan pekerjaan dan menggunakan ilmu dan kemahiran tersebut di organisasi dalam pekerjaan seharian. Terdapat tiga (3)programdalam Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi(FSPPP) yang terlibat dalam kajian ini iaitu Diploma Pentadbiran Awam (DPA),Sarjana Muda Sains Pentadbiran (BAS) danSarjanaPentadbiran Eksekutif (EMAS). Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang mana borang soal selidik diedarkan kepada alumni bagitiga program terlibat dan diedarkan secara atas talian. Hasil kajian menunjukkan 92.6 peratus alumni dari ketiga-tiga program telah bekerja dan hanya 7.4 peratus sahaja tidak bekerja. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan 66.2 peratus bekerja di sektor swasta dan 22.1 peratus bekerja di sektor kerajaan dan 11.8 peratus bekerja sendiri atau sebagai usahawan. Kajian juga mendapati bahawa 63.2 peratus alumni menggunakan kelulusan dan kelayakkan semasa di universiti dan menerima gaji yang setimpal dengankelayakkan mereka. Ironinya, adalah penting bagi pihak kerajaan dan universiti berusaha untuk melahirkan graduan yang berilmudan mempunyai ciri modal insan yang baik bagi menepati ciri keperluan dan permintaan daripada pihak industri dan majikan.

Item Type: Article
Keywords: kebolehpasaran siswazah, graduan, modal insan,
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Mohd Fadhli Samsudin
Date Deposited: 01 Aug 2021 14:18
Last Modified: 01 Aug 2021 14:18
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item