Maritim Malaysia tahan kapal bersauh haram. [Newspaper] (2021)
Abstract
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menahan sebuah lagi kapal dagang yang bersauh tanpa kebenaran di Perairan Tanjung Penawar, Kota Tinggi, semalam. Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, berkata kapal tangki itu ditahan pada kedudukan 12.6 batu nautika timur Tanjung Penawar, jam 2.45 petang. Beliau berkata berikutan kejayaan Op Jangkar Haram minggu lalu, Maritim Johor meneruskan lagi operasi dengan memantau rapat aktiviti berlabuh tanpa kebenaran. "Pemeriksaan mendapati kapal tangki yang berdaftar di Torre Del Greco, Itali melakukan kesalahan mengikut Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana berlabuh tanpa pemakluman atau kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Laut.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Perairan Tanjung Penawar, Kota Tinggi, Op Jangkar Haram, Illegal anchoring, Seaworthiness |
Taxonomy: | By Subject > Law > Law of Carriage of Goods by Sea: > Cargo Documents By Subject > Law > Law of Torts |
Local Content Hub: | Subjects > Law |
Depositing User: | Eza Eliana Abdul Wahid |
Date Deposited: | 22 Apr 2021 05:30 |
Last Modified: | 12 Oct 2023 03:51 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |