Robotik Dan Kecerdasan Buatan – Teknologi Sentuhan Rendah Di Pasar Awam Pemangkin Perkembangan Teknologi Negara

Robotik Dan Kecerdasan Buatan – Teknologi Sentuhan Rendah Di Pasar Awam Pemangkin Perkembangan Teknologi Negara. [Newspaper] (2021)



Abstract

Ipoh, 16 Mac 2021 – YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta YBhg. Dato’ Rumaizi Baharin, Datuk Bandar Ipoh hari ini melancarkan penggunaan teknologi sentuhan rendah (low touch, high tech) iaitu aplikasi robotik dan kecerdasan buatan (AI) di Pasar Ayam Amanjaya, Ipoh, Perak. Projek kerjasama strategik antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT Malaysia) dan Majlis Perbandaran Ipoh ini merupakan sebuah projek rintis dalam aplikasi robotik dan AI di pasar awam, bertepatan dengan keperluan terhadap perubahan cara hidup norma baharu akibat penularan COVID-19.Robot-robot tersebut turut dimashyurkan dengan nama bercirikan jatidiri Perak, iaitu Badang Manjoi, Badang Tambun dan Badang Gopeng. Robot-robot yang ditempatkan sejak November 2020 ini menjalankan fungsi membersihkan lantai pasar, mengangkut ayam dari lori ke gerai penjaja, serta menguruskan sisa secara pintar. Sistem kawalan keselamatan AI yang dipasang melalui CCTV pula boleh mengesan pergerakan yang mencurigakan dan menghantar amaran dalam waktu sebenar (real time).

Item Type: Newspaper
Keywords: Aplikasi robotik, Kecerdasan buatan (AI)
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Science
By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Technology and Networking
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Miss Nurmaisari binti Che Anuar (Kuala Terengganu)
Date Deposited: 01 Aug 2021 14:16
Last Modified: 01 Aug 2021 14:16
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item