Peruntukan Beban Pembuktian di Bawah Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah: Satu Penilaian (Provisions on Burden of Proof Under the Syariah Court Evidence Enactment: An Appraisal)

Peruntukan Beban Pembuktian di Bawah Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah: Satu Penilaian (Provisions on Burden of Proof Under the Syariah Court Evidence Enactment: An Appraisal). Jurnal Undang-undang dan Masyarakat (JUUM), 28. pp. 78-91. ISSN 2735-1270 (2021)



Abstract

Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (EKMS) merupakan statut penting bagi menyokong penguatkuasaan undang-undang substantif. Beban pembuktian merupakan salah satu aspek signifikan yang terkandung di dalam enakmen penting ini dan sering dibahaskan penilaiannya. Penulisan ini bertujuan untuk menganalisis peruntukan undang-undang berkaitan beban pembuktian yang terkandung dalam EKMS. Penulisan ini juga berhasrat untuk mengemukakan cadangan penyelesaian ke atas permasalahan yang dikenal pasti. Kerangka penulisan undang-undang tulen berasaskan pendekatan secara doktrinal dan kualitatif merupakan reka bentuk yang diaplikasi. Data penulisanan dikumpul melalui metode temu bual separa struktur dan dokumentasi. Data yang diperoleh dianalisis menerusi metode analisis kandungan secara kritis. Penulisan ini mendapati wujud ketidakjelasan dan kekaburan peruntukan undang-undang berkaitan beban pembuktian dalam peruntukan sedia ada. Masalah tersebut telah mengakibatkan ketidakfahaman dan tafsiran yang berbeza di kalangan pengamal undang-undang syariah berkaitan dengan beban pembuktian. Justeru, penulisanan ini mencadangkan penambahbaikan ke atas peruntukan undang-undang tersebut agar pemakaian beban pembuktian dalam perbicaraan jenayah syariah di negara ini menjadi lebih jelas dan lebih mudah difahami.

Item Type: Article
Keywords: Beban pembuktian, perpindahan beban pembuktian, pengecualian beban pembuktian, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah
Taxonomy: By Subject > Law > Malaysian Islamic Legal System
Local Content Hub: Subjects > Law
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 28 Apr 2021 01:00
Last Modified: 28 Apr 2021 01:00
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item