Peranan Pemerintah Terhadap Precarious Work dalam Kalangan Nelayan Di Semporna, Sabah

Peranan Pemerintah Terhadap Precarious Work dalam Kalangan Nelayan Di Semporna, Sabah. MANU, 28. pp. 133-151. ISSN 2590-4086 (2018)



Abstract

Precarious work merupakan pekerjaan yang mempunyai amalanpekerjaan yang tidak menentu, tidak dapat dijangkakan dan berisiko terhadap golongan pekerja. Majikan berpotensi memanipulasikan kondisi pekerjaan yang perlu ditanggung oleh mereka kepada pekerja melalui ciri perhubungan pekerjaan yang bersifat precarious seperti tiada kontrak perkhidmatan dan gaji yang rendah. Ciri-ciri precarious work ini adalah bertentangan dengan sistem perhubungan pekerjaan standard yang sepatutnya diterima oleh seorang pekerja berdasarkan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menemu bual majikan dan bekerja selain menggunakan borang soal selidik bagi menyokong data yang diperoleh. Artikel ini cuba menganalisis peranan pemerintah terhadap kawalan pembentukan ciri precarious work dalam kalangan pekerja nelayan di Sabah terutamanya di kawasan kajian di Semporna. Dapatan kajian menunjukkan lemahnya pengawasan pekerja terhadap undang-undang pekerjaan di sektor perikanan mengakibatkan banyak regulasi pekerjaan diabaikan dan disalahgunakan.

Item Type: Article
Keywords: Human Resource Management, Human Security
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
By Subject > Business & Management > Human Resource
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 01 Aug 2021 14:27
Last Modified: 01 Aug 2021 14:27
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item