Interpretasi 9 karya seni visual terpilih bakat muda sezaman dari konteks teras dasar kebudayaan kebangsaan. Idealogy Journal, 3 (2). pp. 121-141. ISSN 2550-214X (2018)
Abstract
Bakat Muda Sezaman (BMS) merupakan pertandingan seni visual anjuran Balai Seni Visual Negara (BSVN) yang paling berprestij di Malaysia. 40 tahun penganjurannya telah berjaya melahirkan ramai artis ternama yang kini menjadi pelopor dalam arena seni visual Malaysia dan serantau. Sesuai dengan kekuatan BMS sebagai cerminan masa depan seni visual Malaysia dan peranan seni sebagai wadah budaya bangsa, objektif kajian bertujuan untuk menganalisis dan seterusnya merungkai karya-karya seni visual terkini artis Malaysia dari perspektif budaya kebangsaaan melalui platform BMS dari tahun 2000 hingga 2013. Melalui objektif ini, kajian berhasrat untuk memahami dengan jelas elemen dan ciri-ciri visual yang menjadi identiti budaya di dalam seni visual Malaysia terkini. Objektif ini dicapai menerusi pemerhatian dan pembacaan buku-buku katalog BMS keluaran BSVN, buku-buku ilmiah, jurnal, dan kajian-kajian terdahulu yang relevan selain temu bual ke atas tiga artis dan ahli akademik yang memenangi pertandingan BMS. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, berpandukan 4 komponen teori kritikan seni Feldman E.B. (1994) iaitu penerangan, analisis, interpretasi dan penilaian. 9 karya akan dianalisis dari aspek ‘bentuk’ dan ‘makna’. Keputusan analisis karya akan dibandingkan dengan elemen budaya kebangsaan (triangulasi data) dan seterusnya menjustifikasi dan mengkelaskan karya-karya seni visual BMS berdasarkan 3 teras Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu, budaya rakyat asal rantau, budaya lain yang sesuai dan budaya Islam melalui teks deskriptif (descriptive text). Kajian ini penting untuk mewujudkan kesedaran, penghayatan yang lebih mendalam dan memberikan pengetahuan kepada penghayat seni dalam memahami makna dan pendekatan dan isi di dalam karya seni visual terkini. Hasil kajian melalui teks deskriptif menjelaskan keberadaan elemen budaya kebangsaan dan hubungannya di dalam karya-karya kontemporari terpilih BMS (2000-2013).
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Fine art, Interperetasi, Bakat muda sezaman, Dasar kebudayaan kebangsaan |
Taxonomy: | By Subject > Art & Design > Fine Art By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies |
Local Content Hub: | Subjects > Art & Design |
Depositing User: | Nur Aqilah Russli |
Date Deposited: | 31 May 2021 23:49 |
Last Modified: | 01 Jun 2021 15:16 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |