Karakteristik pelancong belia terhadap pelancongan acara Tahun Melawat Malaysia

Karakteristik pelancong belia terhadap pelancongan acara Tahun Melawat Malaysia. Journal of Social Science and Humanities, 15 (3). pp. 196-208. ISSN 1823-884x (2018)



Abstract

Pelancongan acara merupakan pendekatan yang lebih bersepadu dalam perancangan dan pelaksanaan bagi memastikan pembangunan pelancongan semakin mampan. Dengan adanya penekanan tersebut, ia dapat mengekalkan dan meningkatkan aset pelancongan di samping menggalakkan segmen pelancongan acara terutamanya dalam kalangan pelancong belia. Kajian memfokuskan pola pelancongan acara dalam kalangan pelancong belia yang membawa kepada kesedaran dan dorongan dalam kalangan pelancong belia dalam penglibatan aktiviti pelancongan berbentuk acara. Data untuk kajian ini dikumpulkan melalui edaran borang kaji selidik di UKM, Putrajaya dan MAEPS, Serdang. Hasil kajian menunjukkan pola pelancongan belia lebih teratur, mempunyai segmen, tersusun dan sistematik serta mempunyai perancangan dan perlaksanaan yang telus. Namun begitu, pola pelancongan pelancong belia tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan backpacker mahupun pelancongan keluarga. Kebanyakan daripada pelancong belia memilih untuk meneroka tempat baru, berseronok sambil membeli-belah serta berbelanja sewaktu melancong mengikut peruntukan perbelanjaan yang disenaraikan.

Item Type: Article
Keywords: Travel activities, Event tourism, Travel patterns, Youth tourists, Tourist behaviour, Aktiviti pelancongan
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Hazrul Amir Tomyang (Puncak Alam)
Date Deposited: 29 Sep 2021 09:29
Last Modified: 30 Sep 2021 09:43
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item