Prosedur pendakwaan jenayah syariah: analisis ke atas peruntukan undang-undang di bawah akta prosedur jenayah syariah (wilayah-wilayah persekutuan) 1997 dan akta keterangan mahkamah syariah (wilayah-wilayah persekutuan) 1997

Prosedur pendakwaan jenayah syariah: analisis ke atas peruntukan undang-undang di bawah akta prosedur jenayah syariah (wilayah-wilayah persekutuan) 1997 dan akta keterangan mahkamah syariah (wilayah-wilayah persekutuan) 1997. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat (JUUM), 15. pp. 1-18. ISSN 1394-7729 (2011)



Abstract

Prosedur pendakwaan adalah suatu aspek yang tidak dapat dipisahkan serta amat penting dalam mana-mana sistem keadilan jenayah samada sivil mahupun syariah. Di Malaysia, apabila sesuatu kesalahan jenayah syariah dilaporkan, pegawai penguatkuasa agama di bawah Bahagian Siasatan Jabatan Agama Islam negeri akan memulakan siasatan untuk mengumpul bukti dan keterangan. Sekiranya siasatan tersebut berjaya mengumpul keterangan yang kukuh, maka fail siasatan tersebut akan diserahkan pula kepada pegawai pendakwa syarie di Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam negeri. Ini bagi membolehkan suspek tersebut didakwa mengikut prosedur-prosedur yang telah digubal. Kesemua prosedur pendakwaan jenayah syariah yang telah dikanunkan ini, sebagaimana terkandung hari ini dalam enakmen-enakmen prosedur jenayah negeri-negeri, adalah berasaskan kepada prinsip pendakwaan jenayah syariah yang telah diistinbatkan oleh para ulama’ Islam sebelum ini. Penulisan ini akan mengupas peruntukan undang-undang berkaitan prosedur pendakwaan di bawah Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) dan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997. Ianya juga akan mengenal pasti adakah wujud sebarang lakuna dalam peruntukan undang-undang terbabit.

Item Type: Article
Keywords: Prosedur, Pendakwaan jenayah syariah, Lakuna, Keterangan, Syariah criminal prosecution
Taxonomy: By Subject > Law > Criminal Trial & Advocacy
By Subject > Law > Malaysian Islamic Legal System
Local Content Hub: Subjects > Law
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 20 May 2021 10:41
Last Modified: 20 May 2021 10:41
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item