Khalwat: keperluan kepada hukuman sebat dan alternatif

Khalwat: keperluan kepada hukuman sebat dan alternatif. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat (JUUM), 19. pp. 1-8. ISSN 1394-7729 (2015)



Abstract

Khalwat adalah merupakan kesalahan jenayah syariah yang paling kerap berlaku di Malaysia berbanding kesalahan jenayah syariah yang lain. Penangkapan para pesalah khalwat seringkali dilaporkan oleh media elektronik dan media cetak. Malah lambakan kes khalwat yang belum selesai di mahkamah jelas menunjukkan masih ramai individu yang tidak gentar dengan undang-undang dan hukuman yang sedia ada. Sehubungan itu, artikel ini mengenal pasti permasalahan berkaitan peruntukan undang-undang yang mengawal selia jenayah khalwat di Malaysia. Setiap negeri di negara ini mempunyai peruntukan bagi kesalahan khalwat di bawah enakmen kesalahan jenayah syariah negeri masing-masing. Namun penulisan ini hanya mengkaji peruntukan khalwat di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Ia turut membincangkan keberkesanan hukuman penjara dan denda yang diperuntukkan di bawah enakmen kesalahan jenayah syariah negeri buat masa ini. Artikel ini kemudiannya mencadangkan agar hukuman sebat dan alternatif seperti perintah menghadiri kelas bimbingan dan agama dikenakan terhadap pesalah khalwat yang disabitkan. Ini kerana hukuman sedemikian dilihat sebagai satu metod terbaik bagi menginsafkan pesalah khalwat agar tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Item Type: Article
Keywords: Khalwat, Kesalahan jenayah syariah, Hukuman alternatif, Hukuman sebat
Taxonomy: By Subject > Law > Malaysian Islamic Legal System
Local Content Hub: Subjects > Law
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 28 May 2021 04:04
Last Modified: 28 May 2021 04:04
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item