Keusahawanan di Malaysia: adakah sudah mencukupi

Keusahawanan di Malaysia: adakah sudah mencukupi. [Video] (2016)



Abstract

Belia Bumiputera disaran menceburi bidang industri hiliran berasaskan perkhidmatan bagi meningkatkan lagi penyertaan golongan itu dalam sektor perniagaan.
Naib Canselor (Akademi dan Antarabangsa) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Ir. Dr. Suhaimi Abdul Talib berkata, bidang tersebut adalah sesuai kerana tidak memerlukan modal yang banyak tetapi memberi kesan tinggi dan boleh dilaksanakan dengan segera.
Menurutnya, sasaran ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus masih jauh untuk dicapai dan antara kaedah serta pendekatan yang boleh diambil ialah melalui bidang keusahawanan.
"Penglibatan Bumiputera dalam sektor perniagaan penting untuk memastikan kesaksamaan pembahagian kekayaan negara sekali gus mencapai sasaran pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus.
"Bidang ini amat sesuai antaranya perniagaan berasaskan makanan dan hospitaliti yang tidak melibatkan pengeluaran produk yang memerlukan modal besar," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Advokasi Ilmuan bertajuk Keusahawanan di Malaysia: Adakah Mencukupi? anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) dengan kerjasama Utusan Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan UiTM di sini, hari ini.
Program yang dihoskan oleh Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan itu menampilkan tiga panel iaitu Suhaimi; Penolong Naib Canselor Keusahawanan UiTM, Profesor Dr. Razmi Chik dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Ashran Ghazi.

Item Type: Video
Keywords: Keushawanan, Advokasi ilmuwan
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Shahidatul Akhmam Rambeli
Date Deposited: 14 Jul 2020 09:26
Last Modified: 24 Jun 2021 23:27
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item