Ulasan perundangan: pindaan perkara 1(2) perlembagaan persekutuan

Ulasan perundangan: pindaan perkara 1(2) perlembagaan persekutuan. Kamun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 31 (2). pp. 334-346. ISSN 2682-8057 (2019)



Abstract

Penulisan ini bertujuan untuk mengulas pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan dari segi kuasa pindaan dan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Ulasan ini dimulakan dengan melihat secara sepintas lalu cadangan pindaan perlembagaan yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 9 April 2019. Kemudian, Perjanjian Malaysian 1963 dibincangkan secara ringkas untuk memahami kedudukan Sabah dan Sarawak semasa Perjanjian tersebut ditandatangani antara pihak British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu serta Sabah, Sarawak dan Singapura selaku pihak yang akan terkesan dengan perjanjian tersebut. Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia juga dilihat dari sudut latar belakang sejarah penubuhan dan konsep federalisme yang diamalkan di Malaysia. Pemahaman mengenai kesemua elemen dalam ulasan ini akan membantu pelbagai pihak memahami hasrat dan implikasi pindaan Perkara 1(2) kepada perpaduan dan keharmonian di Malaysia.

Item Type: Article
Keywords: Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysian 1963
Taxonomy: By Subject > Law > Constitutional Law
Local Content Hub: Subjects > Law
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 28 May 2021 15:42
Last Modified: 28 May 2021 15:42
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item