Penggubalan dan pelaksanaan undang-undang islam oleh pemerintah: satu pandangan

Penggubalan dan pelaksanaan undang-undang islam oleh pemerintah: satu pandangan. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 24 (1). pp. 108-126. ISSN 2682-8057 (2012)



Abstract

Pemahaman yang betul tentang undang-undang Islam sebagai satu istilah dan bahawa ia terletak di bawah bidang kuasa pemerintah dalam melaksanakan Siasah Syariahnya adalah mendesak. Kefahaman yang kurang berkaitan dengan istilah itu dan kedudukannya di bawah pemerintah akan mengundang tohmahan bahawa undang-undang yang dilaksanakan oleh pemerintah itu sebagai tidak menepati kehendak syariat. Makalah yang menumpukan kajian secara perpustakaan ini mengupas persoalan undang-undang Islam dan hubungannya dengan pemerintah terutamanya dari segi penggubalan. Kajian mendapati undang-undang Islam adalah suatu istilah khusus yang mempunyai ruang lingkup makna yang tersendiri dan merupakan perkara pemerintah dan bukannya rakyat. Namun begitu, pemerintah tertakluk pada syarat minimum tertentu untuk menggubal dan menguatkuasakan perkara undang-undang tersebut bagi melayakkannya diberi label undang-undang Islam dan menuntut kepatuhan rakyat kepadanya.

Item Type: Article
Keywords: Undang-undang Islam, Penggubalan, Takat bidang kuasa, Islamic law
Taxonomy: By Subject > Law > Malaysian Islamic Legal System
Local Content Hub: Subjects > Law
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 28 May 2021 16:24
Last Modified: 28 May 2021 16:24
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item