Isu pembangunan wakaf menggunakan struktur amanah pelaburan hartanah islam di Malaysia: satu tinjauan. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 24 (2). pp. 149-177. ISSN 2682-8057 (2012)
Abstract
Makalah ini bertujuan membincangkan salah satu mekanisme untuk memajukan aset wakaf berteraskan struktur instrumen kewangan kontemporari, iaitu amanah pelaburan hartanah Islam (I-REIT). Sorotan kajian lepas mendapati bahawa struktur I-REIT berpotensi untuk diketengahkan sebagai salah satu mekanisme pembangunan aset wakaf di Malaysia. Pendekatan tersebut, walau bagaimanapun, berdepan dengan pelbagai isu dan masalah. Oleh itu, kajian ini merupakan satu tinjauan awal bertujuan mengetengahkan isu berkaitan pembangunan harta wakaf berteraskan struktur I-REIT dalam konteks aplikasi semasa di Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kepustakaan. Tatacara pengumpulan data diperoleh menerusi kaedah analisis dokumen dan temu bual di samping turut menyentuh secara umum berhubung dengan teori yang relevan bagi menentukan kedudukan struktur I-REIT sebagai mekanisme dalam memajukan aset wakaf menurut perspektif hukum syarak. Hasil kajian yang bakal dikemukakan diharap berupaya memberikan implikasi yang positif bagi mengatasi masalah kekurangan dana yang dihadapi oleh pengurus wakaf, di samping mempromosi sistem tadbir urus yang lebih efisien dan sistematik bagi meningkatkan keyakinan masyarakat Islam untuk berwakaf.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Wakaf, Aset wakaf, Pembangunan, Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REIT) |
Taxonomy: | By Subject > Law > Land Law By Subject > Law > Malaysian Islamic Legal System |
Local Content Hub: | Subjects > Law |
Depositing User: | Eza Eliana Abdul Wahid |
Date Deposited: | 31 May 2021 01:17 |
Last Modified: | 31 May 2021 01:17 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |