Perkembangan takaful di Malaysia: satu kajian undang-undang kewangan islam

Perkembangan takaful di Malaysia: satu kajian undang-undang kewangan islam. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 24 (2). pp. 240-261. ISSN 2682-8057 (2012)



Abstract

Makalah ini meneliti perubahan yang berlaku dalam undang-undang yang berkaitan dengan kewangan Islam bagi menyokong industri takaful di Malaysia. Penulisan ini juga akan melihat penerapan undang-undang kewangan Islam dalam memenuhi undang-undang syarak mahupun undangundang sivil selain perlu mengikuti undang-undang prosedur di mahkamah sivil serta garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Penubuhan mahkamah khusus untuk sektor muamalat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuka ruang dan peluang kepada perkembangan undang-undang muamalat Islam khususnya takaful yang lebih terkehadapan. Sokongan yang berterusan ini amat diperlukan bagi menjana perubahan yang lebih drastik dan fleksibel dalam pembangunan infrastruktur perundangan kewangan Islam di Malaysia, selaras dengan hasrat kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa.

Item Type: Article
Keywords: Takaful, Undang-undang kewangan Malaysia, Undang-undang kewangan Islam, Undang-undang Takaful, Islamic financial law
Taxonomy: By Subject > Law > Law and Economics
By Subject > Law > Malaysian Legal System
Local Content Hub: Subjects > Law
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 28 May 2021 16:20
Last Modified: 28 May 2021 16:20
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item