Kedudukan tanah dan sumber hasil menurut perlembagaan persekutuan Malaysia

Kedudukan tanah dan sumber hasil menurut perlembagaan persekutuan Malaysia. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 25 (1). pp. 22-42. ISSN 2682-8057 (2013)



Abstract

Kedudukan tanah dalam Perlembagaan Malaysia dapat dijadikan penanda aras kedudukan sebenar bidang kuasa antara negeri dengan persekutuan. Pernyataan jelas tentang kuasa negeri terhadap tanah dan hasil mahsulnya dilihat dapat menjamin kuasa negeri berkaitan tanah. Walau bagaimanapun, Parlimen juga dibenarkan menggubal undang-undang antara lain bagi memastikan penyeragaman undang-undang antara negeri di Malaysia seperti Kanun Tanah Negara 1965. Makalah ini mengkaji kuasa yang diberikan kepada negeri dan persekutuan dalam mentadbir tanah dan hasil mahsulnya serta cabaran yang dihadapi. Antara cabarannya ialah sesetengah pihak melihat kuasa ngeri terhadap tanah semakin terhakis. Cubaan negeri membelakangi keputusan Majlis Tanah Negara dalam beberapa kes yang melibatkan polisi tanah merupakan satu tanda ketidakpuasan sesetengah negeri dalam hal ini. Selain merujuk peruntukan undang-undang, kajian ini juga merujuk data sekunder yang berkaitan. Kajian menunjukkan walaupun negeri mempunyai tanah dan hasil mahsulnya, tetapi kekangan undang-undang dan masalah kewangan menjadi halangan pihak negeri untuk memaksimumkan sumber hasil yang ada. Penilaian semula polisi kewangan dan memperbaik kekurangan undang-undang akan mampu membantu negeri menambah ekonomi mereka

Item Type: Article
Keywords: Tanah, Kanun Tanah Negara, Perlembagaan Persekutuan, Air, Cukai, Wakaf pihak berkuasa negeri, Pihak berkuasa tempatan, Majlis tanah negara
Taxonomy: By Subject > Law > Constitutional Law
By Subject > Law > Land Law
Local Content Hub: Subjects > Law
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 31 May 2021 01:54
Last Modified: 31 May 2021 01:54
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item