Penipuan, rasuah dan pencurian maklumat dalam urus niaga tanah: cabaran dan penyelesaian

Penipuan, rasuah dan pencurian maklumat dalam urus niaga tanah: cabaran dan penyelesaian. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 25 (2). pp. 159-184. ISSN 2682-8057 (2013)



Abstract

Beberapa faktor telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada peningkatan jumlah bilangan kes jenayah dalam urus niaga tanah. Antaranya termasuklah, kelemahan peruntukan statutori yang wujud dalam Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), pentadbiran pejabat pendaftaran tanah yang tidak mantap, sistem pendaftaran elektronik yang belum efisien sepenuhnya serta tiada kaedah dalam mengesan isu berhubung urus niaga, seperti gejala penipuan, rasuah dan pencurian maklumat. Peningkatan kes urus niaga ini menimbulkan rasa kebimbangan pemilik tanah terhadap keselamatan hak milik yang didaftarkan. Makalah ini ditulis bertujuan untuk menganalisis isu ini serta mencadangkan jalan penyelesaiannya. Cadangan penyelesaian berasaskan perbandingan perkembangan terkini undang-undang tanah di Australia, New Zealand dan Kanada. Penyelesaian tersebut juga mengambil kira kaedah perundangan menurut perspektif Islam.

Item Type: Article
Keywords: Penipuan, Rasuah, Pencurian maklumat, Urus niaga tanah, Cadangan penyelesaian
Taxonomy: By Subject > Law > Criminal Trial & Advocacy
By Subject > Law > Land Law
Local Content Hub: Subjects > Law
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 31 May 2021 03:13
Last Modified: 31 May 2021 03:13
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item