Halalan tayyiban dalam kerangka perundangan Malaysia

Halalan tayyiban dalam kerangka perundangan Malaysia. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 26 (1). pp. 103-120. ISSN 2682-8057 (2014)



Abstract

Halal bukan sekadar bermaksud sesuatu produk itu boleh dimakan disebabkan tiada larangan oleh hukum syarak. Halal turut meliputi maksud “baik” (tayyib) yakni bersih, suci, selamat, berkualiti dan tidak memudaratkan. Oleh itu keperluan masyarakat Islam kepada produk halal semata-mata tidak memadai, sebaliknya mereka perlu benar-benar memahami dan mengaplikasikan konsep halal dan baik (halalan tayyiban). Aspek halal, khususnya untuk produk makanan, dijamin di bawah kerangka perundangan Malaysia melalui pendekatan mekanisme undang-undang dan institusi. Makalah ini menghuraikan konsep halalan tayyiban dari perspektif syariah, dan kemudian mengaitkannya dengan undang-undang sedia ada. Penulis merumuskan bahawa konsep halalan tayyiban wujud dan diaplikasikan melalui undang-undang yang pelbagai.

Item Type: Article
Keywords: Halal, Undang-undang, Syariah, Makanan, Produk, Halalan tayyiban
Taxonomy: By Subject > Law > Malaysian Islamic Legal System
By Subject > Law > Malaysian Legal System
Local Content Hub: Subjects > Law
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 31 May 2021 03:30
Last Modified: 31 May 2021 03:30
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item