Penentuan harta pusaka di Malaysia: kajian dari perspektif undang-undang sivil dan syariah. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 26 (2). pp. 153-172. ISSN 2682-8057 (2014)
Abstract
Dalam pentadbiran harta pusaka, perkara yang sering menjadi pertikaian adalah tentang penentuan had dan bentuk harta yang dianggap sebagai harta pusaka si mati sebelum dibahagikan kepada waris yang berhak. Dalam banyak keadaan, tuntutan dibuat oleh pihak berkepentingan supaya harta tersebut dikeluarkan daripada senarai harta pusaka si mati dan tidak dianggap sebagai harta pusaka yang boleh dibahagikan. Makalah ini bertujuan mengenal pasti had dan bentuk harta yang ditinggalkan oleh si mati yang dianggap sebagai harta pusaka dan perlu dibahagikan mengikut pembahagian yang sepatutnya. Perbincangan memfokuskan isu berkenaan akaun bersama, harta penama, pencen terbitan dan ex-gratia, yang selalu menjadi subjek pertikaian sama ada dikira sebagai harta si mati ataupun tidak. Peruntukan undang-undang dan kes berkaitan isu ini dikaji dan dirumuskan bagi memperjelas kedudukan harta tersebut. Makalah ini merumuskan bahawa terdapat keperluan peruntukan undang-undang yang khusus bagi memperjelas kedudukan harta pusaka dengan tepat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Harta pusaka orang Islam, Akaun bersama, Akaun penama, Pencen, Ex-gratia, Malaysia, Mahkamah syariah |
Taxonomy: | By Subject > Law > Land Law By Subject > Law > Malaysian Islamic Legal System |
Local Content Hub: | Subjects > Law |
Depositing User: | Eza Eliana Abdul Wahid |
Date Deposited: | 31 May 2021 08:25 |
Last Modified: | 31 May 2021 08:25 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |