Kuasa dan peranan polis dalam penguatkuasaan jenayah syariah

Kuasa dan peranan polis dalam penguatkuasaan jenayah syariah. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 27 (1). pp. 85-101. ISSN 2682-8057 (2015)



Abstract

Pasukan polis merupakan agensi persekutuan dan penguat kuasa undangundang terbesar negara. Oleh itu, persoalan timbul berkaitan dengan punca kuasa dan kuasa pasukan polis untuk menguatkuasakan undangundang jenayah syariah. Hal ini demikian kerana undang-undang syariah merupakan urusan negeri. Daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan, didapati tiada halangan Perlembagaan Persekutuan untuk pasukan polis menguatkuasakan jenayah syariah. Begitu juga dengan peruntukan Akta Polis. Walaupun tiada peruntukan khusus mengenai kuasa dan peranan polis untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah syariah, Akta Polis mempunyai peruntukan umum dalam melaksanakan apa-apa kuasa yang diberikan oleh undang-undang yang sah. Setelah diteliti prosedur jenayah syariah didapati bahawa undang-undang tersebut mempunyai peruntukan yang sangat jelas mengenai kuasa dan peranan polis dalam pelaksanaan undang-undang jenayah syariah.

Item Type: Article
Keywords: Polis, Penguat kuasa, Jenayah syariah, Persekutuan, Tatacara
Taxonomy: By Subject > Law > Constitutional Law
By Subject > Law > Malaysian Islamic Legal System
By Subject > Law > Malaysian Legal System
Local Content Hub: Subjects > Law
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 31 May 2021 08:38
Last Modified: 31 May 2021 08:38
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item