Definisi wali dalam pernikahan: perspektif fiqh dan undang-undang keluarga islam di Malaysia

Definisi wali dalam pernikahan: perspektif fiqh dan undang-undang keluarga islam di Malaysia. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 27 (2). pp. 201-225. ISSN 2682-8057 (2015)



Abstract

Makalah ini membincangkan konsep wali dengan mengkhususkan perbincangan terhadap definisi dan kategorinya berasaskan perspektif fiqh dan perundangan di Malaysia. Perbandingan secara kritikal turut dilakukan terhadap peruntukan undang-undang keluarga Islam di negeri-negeri di Malaysia dengan memfokuskan pentafsiran dan kategori wali. Tafsiran undang-undang adalah penting untuk menjelaskan takat bidang kuasa wali dan memudahkan prosedur kehakiman dalam menyelesaikan kes berkaitan dengan pengesahan atau pembatalan akad pernikahan, atau dalam kes perpindahan kuasa wali. Tidak dinafikan perbezaan pandangan dalam kalangan fuqaha merupakan elemen terpenting untuk menzahirkan kesyumulan syariat Islam. Namun, aspek keseragaman peruntukan perundangan merupakan pemangkin dalam usaha menjamin sistem kehakiman syariah di Malaysia menjadi lebih efektif dan sistematik.

Item Type: Article
Keywords: Syariah, Wali, Pernikahan, Perspektif fiqh, Undang-undang keluarga Islam
Taxonomy: By Subject > Law > Malaysian Islamic Legal System
Local Content Hub: Subjects > Law
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 31 May 2021 08:42
Last Modified: 31 May 2021 08:42
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item