Cadangan satu dokumen hak milik di bawah kanun tanah negara 1965: antara teori dengan realiti

Cadangan satu dokumen hak milik di bawah kanun tanah negara 1965: antara teori dengan realiti. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 27 (2). pp. 314-325. ISSN 2682-8057 (2015)



Abstract

Kerajaan Malaysia dalam usaha memantapkan pentadbiran jabatan kerajaan dengan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada para pengguna. Antaranya termasuklah pelaksanaan urus niaga secara elektronik. Hal ini dapat dibuktikan melalui kertas cadangan yang telah dikemukakan oleh Jabatan Pengarah Tanah dan Galian, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Salah satu daripada cadangan tersebut adalah berkaitan dengan pelaksanaan satu dokumen hak milik (geran) sebagai langkah untuk membantu pelaksanaan urus niaga secara elektronik dalam pentadbiran tanah. Cadangan tersebut telah dikemukakan berdasarkan pandangan yang mengatakan sistem sedia ada memperuntukkan dua jenis dokumen hak milik di pejabat pendaftaran hak milik dan di pejabat tanah daerah yang telah menyumbang kepada pembentukan pelbagai pangkalan data pendaftaran tanah pada peringkat negeri. Makalah ini bertujuan untuk membuat analisis sejauh mana satu dokumen hak milik sesuai untuk dilaksanakan dan kaitannya dengan sistem pengkomputeran pendaftaran tanah dan pelupusan tanah secara elektronik.

Item Type: Article
Keywords: Dokumen hak milik, Pejabat pendaftaran hak milik, Pejabat tanah daerah, Pihak berkuasa negeri pendaftaran
Taxonomy: By Subject > Law > Land Law
Local Content Hub: Subjects > Law
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 31 May 2021 09:18
Last Modified: 31 May 2021 09:18
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item