Istihsan dalam penghakiman mahkamah syariah di Malaysia

Istihsan dalam penghakiman mahkamah syariah di Malaysia. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 27 (2). pp. 247-270. ISSN 2682-8057 (2015)



Abstract

Kajian ini menghuraikan konsep istihsan secara terperinci bagi memberikan penjelasan terhadap konsep istihsan dari sudut teorinya dan aplikasi konsep dalam proses penyelesaian hukum syarak serta pemakaiannya di mahkamah syariah. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa istihsan merupakan salah satu sumber hukum yang diiktiraf oleh syarak, manakala perselisihan para ulama hanya perselisihan dari sudut penggunaan istilah semata-mata. Dapatan ini diperkuat melalui analisis terhadap laporan kes mahkamah syariah di Malaysia yang menunjukkan terdapat penggunaan konsep istihsan secara tidak langsung di mahkamah. Selain itu, kajian ini juga menyimpulkan bahawa peruntukan undang-undang itu sendiri yang memberikan kebenaran kepada pihak hakim untuk mengaplikasikan konsep ini secara tidak langsung.

Item Type: Article
Keywords: Istihsan, Qiyas, Sumber hukum, Mahkamah syariah, Hakim
Taxonomy: By Subject > Law > Malaysian Islamic Legal System
Local Content Hub: Subjects > Law
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 31 May 2021 09:23
Last Modified: 31 May 2021 09:23
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item