Pemelukan islam pasangan perkahwinan sivil: isu berbangkit dan cadangan penambahbaikan menurut undang-undang Malaysia

Pemelukan islam pasangan perkahwinan sivil: isu berbangkit dan cadangan penambahbaikan menurut undang-undang Malaysia. Kamun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 28 (1). pp. 16-42. ISSN 0128-2670 (2016)



Abstract

Salah satu konflik perundangan dalam undang-undang keluarga di Malaysia yang berlaku ialah pemelukan Islam salah seorang daripada pasangan perkahwinan sivil ke agama Islam. Mereka berdepan dengan isu dalam menentukan undang-undang keluarga manakah yang terpakai ke atasnya dan mahkamah manakah mempunyai bidang kuasa mendengar kesnya. Adakah mereka masih terikat dengan undang-undang keluarga sivil dalam menentukan permohonan perceraian, tuntutan nafkah, hak penjagaan anak dan harta pusaka? Ataupun adakah selepas memeluk agama Islam, undangundang dirinya bertukar kepada undang-undang Islam yang membolehkan tuntutannya dibuat berdasarkan undang-undang keluarga Islam di mahkamah syariah? Isu kekeluargaan yang dikategorikan sebagai undang-undang diri (personal law) ini bukan sahaja boleh menjejaskan perpaduan rakyat, malah turut memberikan kesan kepada kesucian agama Islam di Malaysia. Makalah ini bertujuan membincangkan beberapa isu yang melingkari kes pemelukan Islam pasangan perkahwinan sivil dan turut menawarkan beberapa cadangan penyelesaian menurut peruntukan undang-undang keluarga di Malaysia.

Item Type: Article
Keywords: Perkahwinan, Memeluk Islam, Bidang kuasa, Mahkamah syariah, Undang-undang keluarga
Taxonomy: By Subject > Law > Family Law
By Subject > Law > Malaysian Islamic Legal System
Local Content Hub: Subjects > Law
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 31 May 2021 09:29
Last Modified: 31 May 2021 09:29
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item