Transformasi bidang kuasa mahkamah syariah di Malaysia: penilaian semula terhadap hukuman takzir. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 29 (1). pp. 38-71. ISSN 2682-8057 (2017)
Abstract
Skop hukuman takzir dalam perundangan Islam sebenarnya lebih luas dan tidak terbatas kepada hukuman denda maksimun RM5000, penjara maksimum tiga tahun atau maksimum enam kali sebatan seperti yang diperuntukkan oleh Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) [Akta 355]. Walaupun Akta ini telah dipinda buat kali terakhir pada tahun 1984, namun pindaan yang dilakukan masih tidak menepati tujuan hukuman uqubah takzir yang sebenar dalam perundangan Islam. Oleh itu, hukuman takzir perlu disemak dan dimurnikan agar sentiasa relevan dengan perubahan semasa. Makalah ini membincangkan keluasan skop hukuman takzir pada zaman awal Islam, pelaksanaannya kini di mahkamah syariah, faktor yang menghalang transformasi bidang kuasa, serta kaedah penyelesaiannya agar anjakan paradigma ini dapat mentransformasikan hukuman takzir ke suatu tahap yang lebih baik
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Hukuman takzir, Perundangan Islam, Bidang kuasa jenayah, Mahkamah syariah |
Taxonomy: | By Subject > Law > Malaysian Islamic Legal System |
Local Content Hub: | Subjects > Law |
Depositing User: | Eza Eliana Abdul Wahid |
Date Deposited: | 31 May 2021 09:39 |
Last Modified: | 31 May 2021 09:39 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |