Keterangan melalui kitābah: menurut fiqh dan undang-undang semasa di Malaysia. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat (JUUM), 17. pp. 1-11. ISSN 2735-1270 (2013)
Abstract
Kitābah atau dokumen sebagai kaedah pembuktian amat banyak diperbincangkan dalam undang-undang sivil dan diamalkan secara yang meluas di Mahkamah-Mahkamah Sivil. Namun konsep serta pemakaian kitābah di Mahkamah Syariah tidak banyak diperbincangkan secara terperinci dalam undang-undang syariah sungguhpun kitābah dinyatakan secara jelas di dalam al-Qur’an dan Sunnah sebagai kaedah pembuktian. Artikel ini cuba untuk merungkaikan konsep dan skop kitābah dari segi syarak dan perbandingannya dengan undang-undang di Malaysia. Segala bahan, maklumat dan data dalam artikel ini diperoleh dari pemerhatian serta temu bual-temu bual yang dilaksanakan ke atas pengamal undang-undang di Mahkamah Sivil dan Syariah di Malaysia. Maklumat juga turut diperolehi dari buku-buku dan artikel-artikel perundangan di dalam dan luar negara. Hasilnya, faktor kemudahan dan keadaan semasa telah memainkan peranan yang penting terhadap konsep dan pemakaian kitābah itu sendiri.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kitabah, Muharrar, Asnad, Hujaj, Auraq, Dokumen |
Taxonomy: | By Subject > Law > Law of Evidence By Subject > Law > Malaysian Islamic Legal System |
Local Content Hub: | Subjects > Law |
Depositing User: | Eza Eliana Abdul Wahid |
Date Deposited: | 31 May 2021 18:03 |
Last Modified: | 31 May 2021 18:03 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |