Imageri: kesan terhadap prestasi conversion kick dalam sukan ragbi

Imageri: kesan terhadap prestasi conversion kick dalam sukan ragbi. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 7 (1). pp. 53-61. ISSN 2232-1918 (2018)



Abstract

Kajian ini adalah bagi melihat kesan program latihan psikologi iaitu latihan imageri terhadap prestasi dalam sukan ragbi. Ia menilai kesan latihan fizikal dan imageri audio terhadap prestasi conversion kick selama empat minggu dengan kekerapan intervensi tiga sesi seminggu. Peserta yang terlibat terdiri daripada tiga puluh orang ahli dari kelab ragbi sekolah. Soal selidik Sport Imagery Ability Measure (SIAM) yang telah dialih ke dalam Bahasa Malaysia digunakan sebagai saringan bagi melihat kebolehan imageri peserta. Penyelidikan dijalankan dengan membina intervensi pada imageri audio yang dijalankan bersama latihan fizikal berasaskan kepada Imagery Training Program (ITP). Kaedah eksperimen yang digunakan adalah melibatkan satu kumpulan kawalan dan satu kumpulan rawatan yang melalui proses ujian pra, intervensi dan ujian pasca. Hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kedua-dua kumpulan yang terlibat. Perbincangan, limitasi dan kajian akan datang akan dibincangkan pada bahagian yang terakhir.

Item Type: Article
Keywords: Imageri, Sukan, ragbi, Conversion kick, Imagery Training Program, Physical activity, Sport psychology
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Health & Fitness
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 15 Sep 2021 02:11
Last Modified: 15 Sep 2021 02:11
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item