Kesan latihan pliometrik ke atas perubahan fizikal otot atlet lompat jauh

Kesan latihan pliometrik ke atas perubahan fizikal otot atlet lompat jauh. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 7 (1). pp. 62-70. ISSN 2232-1918 (2018)



Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan program latihan pliometrik terhadap perubahan fizikal otot. Seramai 24 orang atlet lelaki berumur 12 tahun di daerah Cameron Highland terlibat sebagai responden kajian. Mereka dibahagikan kepada kumpulan kawalan (n = 12) dan kumpulan rawatan (n = 12). Program latihan pliometrik dijalankan sebanyak dua (2) kali seminggu selama enam (6) minggu. Ukur lilit otot paha dan ukur lilit otot betis diukur semasa ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis dengan menggunakan ujian ANOVA dua hala untuk mengenal pasti perbezaan antara kumpulan, masa ujian dan interaksi antara kumpulan dan masa ujian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku pembesaran pada diameter ukur lilit paha dan betis pada kedua dua kumpulan dengan kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan diameter yang lebih ketara berbanding kumpulan kawalan. Ujian ANOVA dua hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi pembesaran diameter otot paha dan betis antara kumpulan dan masa ujian dijalankan. Kesimpulannya latihan pliometrik menunjukkan terdapat perubahan fizikal ukur lilit otot paha dan otot betis dalam kalangan atlet lompat jauh. Implikasinya, latihan pliometrik yang lebih terancang dengan bebanan yang sesuai untuk kategori umur menengah rendah perlu dilaksanakan sebagai langkah penambahbaikan bagi meningkatkan prestasi yang lebih cemerlang

Item Type: Article
Keywords: Latihan pliometrik, ukur lilit otot paha, ukur lilit otot betis, Functional training, Experimental research
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 15 Sep 2021 02:24
Last Modified: 15 Sep 2021 02:24
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item