Individu IoT paling berpengaruh

Individu IoT paling berpengaruh. [Newspaper] (2019)



Abstract

Apabila menyebut mengenai teknologi terutama Internet untuk Segalanya (IoT), kita akan mengimbas tokoh atau wira yang bukan rakyat negara ini. Namun, bagi masyarakat moden terutama era digital, Malaysia juga mempunyai wira senyap yang berada di belakang tabir membangunkan negara bukan dengan senjata api, tetapi skil teknologi. Baru-baru ini, Dr Mazlan Abbas diiktiraf agensi berkaitan teknologi, Rise sebagai tokoh paling berpengaruh untuk IoT. Dr Mazlan Abbas yang juga pengasas Favoriot sebelum ini memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif REDtone IOT Sdn Bhd yang menyediakan penyelesaian bandar pintar. Beliau mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dan pencapaian dalam kapasiti pengurusan kanan terutama bertanggungjawab untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan inovasi produk & penyelesaian, pengurusan teknologi, operasi rangkaian dan ahli akademik bukan calang-calang individu dalam teknologi.

Item Type: Newspaper
Keywords: Komunikasi dalam organisasi, Internet of thing, Revolusi Industri ke-4 (IR4.0), Leadership, Motivation
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Management
By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Technology and Networking
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Normah Sadaiee
Date Deposited: 29 Jun 2021 07:15
Last Modified: 29 Jun 2021 07:25
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item