Malaysia perlu siap siaga teroka potensi ditawarkan nadir bumi. [Newspaper] (2021)
Abstract
Telefon pintar anda tidak berguna tanpa plastik atau silikon, ia juga tidak dapat berfungsi tanpa pelbagai logam khas dikenali unsur nadir bu mi. Kumpulan terdiri 17 unsur nadir bumi bukan radioaktif mempunyai nama yang eksotik seperti disprosium, cerium atau neodymium. Ia sangat diperlukan dalam pelbagai industri dan sangat umum digunakan dalam aplikasi teknologi – daripada telefon pintar, tablet, monitor komputer dan televisyen (TV) plasma hingga bateri yang boleh dicas semula serta mesin pengimejan resonans magnetik (MRI). Unsur ini juga sangat penting untuk penjanaan tenaga bersih – seperti turbin angin dan kereta elektrik. Malah projek kereta terbang dimulakan Malaysia tahun lalu juga memerlukan komponen nadir bumi. Untuk mengekalkan gaya hidup lestari dan berasaskan teknologi, kita mesti mencari lebih banyak pengetahuan mengenai unsur nadir bumi bukan radioaktif ini.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Nadir bumi, Semiconductor, Mineral |
Taxonomy: | By Subject > Applied Sciences > Industrial Technology By Subject > Applied Sciences > Physics By Subject > Plantation & Agrotechnology > Soil Science |
Local Content Hub: | Subjects > Applied Sciences |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 06 Jul 2021 04:54 |
Last Modified: | 06 Jul 2021 04:54 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |