3.9 juta warga digital Malaysia mampu pelopori kaedah bayaran tanpa tunai – PM

3.9 juta warga digital Malaysia mampu pelopori kaedah bayaran tanpa tunai – PM. [Newspaper] (2021)



Abstract

PUTRAJAYA: Seramai 3.9 juta warga digital Malaysia diyakini mampu mempelopori kaedah pembayaran tanpa tunai, sekali gus mendorong para peniaga lain untuk menggunakan kaedah pembayaran seperti ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, warga digital itu meliputi 13.4 peratus penduduk negara ini iaitu golongan muda berumur antara 15 hingga 24 tahun yang menggunakan internet secara aktif sekurang-kurangnya lima tahun, mengikut definisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Menurut beliau, Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (ITU) meletakkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai warga digital tertinggi di dunia, justeru peranan mereka sangat penting dalam menjayakan usaha pendigitalan di negara ini. “Kerajaan sentiasa menyokong rakyat dan perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengendalikan perniagaan dalam era digitalisasi, yang mana transaksi pembayaran dibuat secara dalam talian atau tanpa tunai.

Item Type: Newspaper
Keywords: internet, digitalisasi, e-wallet
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Science
By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology
By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Technology and Networking
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 04 Jun 2021 02:35
Last Modified: 04 Jun 2021 02:35
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item