Pelaksanaan pendidikan keusahawanan di Malaysia: kesan terhadap aspirasi keusahawanan pelajar

Pelaksanaan pendidikan keusahawanan di Malaysia: kesan terhadap aspirasi keusahawanan pelajar. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities (JSSH), 10 (1). pp. 53-61. ISSN 0128-7702 (2002)



Abstract

Menyedari kepentingan pendidikan keusahawanan untuk membekalkan pelajar dengan peluang
dan potensi untuk memilih kerjaya sebagai usahawan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menunjukkan komitmen mereka terhadap pelaksanaannya. Komponen keusahawanan telah
diperkenalkan dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah Rendah.
Berdasarkan usaha tersebut satu kajian diperlukan untuk menilai semula kesan pendidikan
keusahawanan terhadap aspirasi pelajar dalam memilih keusahawanan sebagai kerjaya. Seramai
1336 pelajar tingkatan 4 telah dipilih dengan menggunakan tatacara persampelan rawak berlapis.
Dapatan kajian menunjukkan aspirasi pelajar sekolah masih lagi rendah. Mereka yang mendapat
pencapaian tinggi dalam PMR mempunyai potensi keusahawanan yang rendah dan sebaliknya.
Terdapat perbezaan yang signifikan antara ciri-ciri dan potensi pelajar yang ingin bekerja sendiri
dan makan gaji. Secara keseluruhan sikap dan ciri keusahawanan pelajar adalah sederhana
positif. Implikasi kajian dibincangkan dalam kertas kerja ini untuk memupuk budaya keusahawanan
di kalangan pelajar sekolah menengah.

Item Type: Article
Keywords: Keusahawanan, Ciri-ciri keusahawanan, Aspirasi keusahawan, Latihan dan pendidikan keusahawanan
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Shahidatul Akhmam Rambeli
Date Deposited: 14 Jul 2020 08:34
Last Modified: 14 Jul 2020 08:34
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item