Sektor perniagaan bantah sekatan pergerakan sepenuhnya, mahu SOP lebih ketat. [Newspaper] (2021)
Abstract
KUALA LUMPUR: Susulan keperitan akibat pelaksanaan sekatan pergerakan dibuat tahun lalu, sektor perniagaan di negara ini tidak bersetuju jika kerajaan melaksanakan sekatan penuh, sebaliknya mahu prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat dikuatkuasakan untuk membendung gelombang terbaru penularan COVID-19. Malaysia mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 6,075 semalam, melonjakkan jumlah kes aktif kepada 47,340, sekali gus menyarankan sekatan pergerakan sepenuhnya di dalam negara, terutama di Selangor. Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia, Datuk Michael Kang, berkata sekatan pergerakan sepenuhnya akan memberi kesan signifikan terhadap pemulihan ekonomi negara kerana sekitar 40 peratus PKS sudah menderita dan 37.7 peratus akan menutup operasi perniagaan mereka untuk selamanya. "Kaji selidik dilakukan persatuan itu sebelum ini menunjukkan jika langkah diambil kali ini (sekatan sepenuhnya) sama seperti PKP kali pertama, lebih 40 peratus PKS akan mengalami masalah kewangan yang teruk dan dua juta kehilangan pekerjaan," katanya.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Sosial polisi, Pengurusan perubahan, Pengurusan Awam |
Taxonomy: | By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science |
Local Content Hub: | Subjects > Administrative Science & Policy Studies |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 29 Jun 2021 18:24 |
Last Modified: | 29 Jun 2021 18:24 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |