Malaysia Airlines guna ARMS perkukuh perniagaan

Malaysia Airlines guna ARMS perkukuh perniagaan. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menjalin kerjasama strategik dengan peneraju penyedia penyelesaian strategik digital, ReveMAX untuk menggunakan platform Penyelesaian Memaksimumkan Pendapatan Syarikat Penerbangan (ARMS). Ia akan meningkatkan dan memperkukuhkan tindakan membuat keputusan serta perniagaan komersial syarikat penerbangan nasional itu. Dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin (ML), platform itu menyediakan ramalan dan kecerdasan preskriptif, menghubungkan jabatan penerbangan yang berbeza dan membimbing mereka untuk membuat keputusan strategik yang lebih bijak dengan tujuan memperoleh keuntungan dan kewangan secara berterusan untuk organisasi. Kerjasama itu membolehkan ReveMAX membawa ARMS Solution inovatifnya, iaitu Platform Sokongan Keputusan Strategik (SDSP) pertama seumpamanya di dunia yang memberikan gambaran lengkap dan menyeluruh mengenai ekosistem pendapatan dan kos syarikat penerbangan.

Item Type: Newspaper
Keywords: Aplikasi digital, Kecerdasan buatan (AI), Integrasi, Artificial intelligence
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Science
By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Mathematics
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 06 Jul 2021 10:50
Last Modified: 06 Jul 2021 10:50
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item