Bank terus sediakan bantuan kewangan - persatuan bank

Bank terus sediakan bantuan kewangan - persatuan bank. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Bank yang menjadi ahli Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) akan terus menawarkan bantuan kewangan kepada peminjam terkesan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang bermula 1 Jun 2021. Ketika ini, bantuan kewangan daripada ahli persatuan itu adalah di bawah program Bantuan Bayaran Balik Bersasar (TRA) yang ditawarkan sejak 1 Oktober 2020, yang mana pelanggan individu yang kehilangan pekerjaan layak untuk memohon moratorium untuk tiga bulan atau pengurangan 50 peratus dalam bayan balik ansuran bulanan bagi tempoh enam bulan. ABM berkata, peminjam yang berdepan pengurangan pendapatan termasuk pendapatan isi rumah adalah layak mendapat pengurangan ansuran bulanan yang setimpal. Ia berkata, peminjam B40 yang berdaftar di bawah Bantuan Sara Hidup (BSH)/Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah layak memilih bantuan pembayaran balik khusus itu.

Item Type: Newspaper
Keywords: PKS, Bantuan, Debt, Liabilities
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Finance
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 06 Jul 2021 19:43
Last Modified: 06 Jul 2021 19:46
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item