Nilai 50 hartawan terkaya Malaysia melonjak

Nilai 50 hartawan terkaya Malaysia melonjak. [Newspaper] (2021)



Abstract

SINGAPURA: Nilai kekayaan 50 hartawan yang berada dalam Senarai Kekayaan Malaysia Forbes 2021 meningkat 14 peratus kepada hampir AS$90 bilion (RM371 bilion) tahun ini, selepas susut selama dua tahun. Forbes Asia dalam satu kenyataan berkata, lonjakan yang berlaku di tengah-tengah krisis pandemik itu sebahagiannya disumbangkan oleh kedudukan dominan Malaysia sebagai pengeluar sarung tangan perubatan kepada dunia. "Sepanjang tahun pandemik ketika permintaan global untuk peralatan perlindungan diri meningkat ketara, eksport sarung tangan getah Malaysia naik sekali ganda, meningkatkan kekayaan pengeluar terbesar produk itu di Malaysia," katanya. Lima daripada mereka tersenarai dalam kalangan 50 hartawan paling kaya di negara ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Leadership, Hartawan, Competency, Personal Development
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Human Resource
By Subject > Business & Management > Management
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 06 Jul 2021 19:52
Last Modified: 06 Jul 2021 19:52
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item