Bantuan perniagaan bersasar

Bantuan perniagaan bersasar. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) akan terus menyediakan bantuan kepada usahawan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk membantu memulakan semula perniagaan dengan produk atau perkhidmatan baharu. Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kementerian juga akan terus campur tangan bagi membantu usahawan melalui Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi, lanjutan moratorium dan bantuan bayaran pembiayaan. "Kami komited menyediakan fasilitasi dan bantuan perniagaan secara bersasar bagi memastikan pemulihan dan pengekalan operasi perniagaan. "Ia termasuk menyediakan kemudahan lanjutan moratorium dan bantuan bayaran pembiayaan bersasar di bawah Bank Rakyat dan SME Bank. "Kita juga menyediakan Pembiayaan Tabung Modal Pusingan untuk koperasi di bawah Suruhanjaya koperasi Malaysia (SKM).

Item Type: Newspaper
Keywords: Usahawan, Insentif, Modal, Moratorium
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 06 Jul 2021 20:14
Last Modified: 06 Jul 2021 20:14
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item